MAHJABIN dilaporkan dipenggal Taliban.
MAHJABIN dilaporkan dipenggal Taliban.
Agensi

Kabul: Atlet bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanistan, Mahjabin Hakimi didakwa maut dipenggal pejuang Taliban, awal bulan ini, lapor New York Post.

Seorang daripada jurulatihnya dalam satu wawancara bersama Persian Independent mendedahkan keluarga mangsa terpaksa merahsiakan kematian remaja itu yang dibunuh awal Oktober lalu akibat diugut Taliban.

Menurut jurulatih yang hanya mahu dikenali sebagai Suraya Afzali, semua pemain lain berada dalam risiko.

MAHJABIN
MAHJABIN

Katanya, ia kerana hanya hanya dua daripada rakan pasukan Mahjabin termasuk dalam puluhan atlet wanita yang berjaya melarikan diri dari Afghanistansejak Taliban menguasai kembali negara itu pada Ogos lalu.

"Semua pemain dalam pasukan bola tampar dan seluruh atlet wanita dalam situasi teruk, putus asa dan ketakutan.

"Setiap orang terpaksa melarikan diri dan tinggal di tempat yang tidak diketahui," katanya seperti dipetik New York Post.

Namun, laporan lain menyebut insiden itu berlaku lebih awal, sebelum Taliban berjaya menguasai Kabul.

Bagaimanapun, Pusat Kewartawanan Penyiasatan Payk berkata, sumbernya mengesahkan, Mahjabin dipercayai 'dipenggal' Taliban di Kabul.

Sehingga kini, kerajaan masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) memberitahu Inside The Games, pihaknya mengambil maklum laporan terbabit dan sedang mendapatkan pengesahan segera isu terbabit.

"Buat masa ini tiada lagi kenyataan akan dikeluarkan demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh komuniti bola tampar yang menjadi kebimbangan utama kami," katanya.

Mahjabin antara pemain terbaik dalam Kelab Bola Tampar Perbandaran Kabul.

Berita berkaitan

UPDATED: Keluarga nafi Mahjabin dipenggal Taliban

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 6:30 AM