BOT penambang menyusuri Sungai Terengganu dan berlatarbelakangkan Masjid Kristal. Gambar Arkib NSTP.
BOT penambang menyusuri Sungai Terengganu dan berlatarbelakangkan Masjid Kristal. Gambar Arkib NSTP.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Johor dan Terengganu akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Isnin ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini.

"Ia mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini" katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, keterangan mengenai SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Peralihan fasa bagi dua negeri itu menjadikan sembilan negeri sudah berada dalam fasa 4 manakala tujuh lagi negeri masih berada dalam Fasa 3 PPN.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 5:33 PM