Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan 6,630 kes Covid-19 hari ini berbanding 6,210 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 2,420,222.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW, dengan maklumat di portal itu dikemas kini setiap hari selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 2:48 PM