Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 7,950 kes dilaporkan hari ini berbanding 7,276 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,361,529 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 2:58 PM