Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 6,709 kes dilaporkan hari ini berbanding 7,373 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di Twitter memaklumkan data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,346,303 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW iaitu covidnow.moh.gov.my

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 2:38 PM