Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 dengan 8,743 kes dilaporkan hari ini berbanding 9,751 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,332,221 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Web COVIDNOW.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 3:51 PM