Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Selepas dua bulan mencatatkan lima angka berturut-turut, jumlah kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menurun kepada 9,066 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia setakat tengah hari ini mencecah 2,277,565 kes.

Katanya, Sarawak dan Selangor berada di kedudukan tertinggi kes dengan masing-masing merekodkan 1,418 dan 1,000 kes.

"Johor merekodkan 981 kes diikuti Terengganu (827), Sabah (767), Kelantan (796), Kedah (670)dan Perak (669) kes.

"Sebanyak 630 direkodkan di Pahang, 620 di Pulau Pinang Pahang, Melaka (206), Kuala Lumpur (201) dan Negeri Sembilan (191).

"Perlis merekodkan 66 kes diikuti Putrajaya (24) dan Labuan tiada kes dilaporkan," katanya menerusi Twitter.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kapasiti dan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) setakat 5 petang semalam mencecah 58 peratus manakala bukan ICU 52 peratus.

Dari segi pemberian vaksinasi pula katanya, 87 peratus populasi dewasa lengkap divaksin manakala 94.3 peratus menerima satu dos suntikan.

"Bagi populasi keseluruhan di negara ini yang lengkap divaksin ialah 62.8 peratus manakala penerima vaksin dos satu ialah 72.7 peratus," katanya.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 2:47 PM