Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 15,549 kes, hari ini berbanding 17,577 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 2,082,876 kes direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,929 kes diikuti Johor ( 2,208 kes), Selangor (1,995 kes), Sabah ( 1,395 kes), Pulau Pinang (1,375 kes), Kelantan ( 1,214 kes), Perak (1,120 kes), Kedah (1,073 kes) dan Terengganu (755 kes).

"Selain itu, Pahang mencatatkan 634 kes, Kuala Lumpur (382 kes), Melaka (263 kes), Negeri Sembilan (131 kes); Perlis (33 kes), Putrajaya (31 kes) dan Labuan ( 11 kes)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 3:33 PM