SEPANG, 6 Sept -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media ketika hadir menyambut kepulangan kelompok terakhir para kontinjen Malaysia dari Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
SEPANG, 6 Sept -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media ketika hadir menyambut kepulangan kelompok terakhir para kontinjen Malaysia dari Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pembukaan semula pusat sukan seperti gimnasium dan padang bola sepak selepas kelonggaran diberikan kepada industri kreatif berkuatkuasa hari ini.

Menerusi laman sosialnya, Faizal berharap KKM melalui menterinya, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan cadangan itu bagi menyelamatkan pengusaha pusat sukan yang semakin tenat ketika ini.

"Panggung wayang dibuka? Gimnasium dan sukan padang? Tolonglah YB @Khairykj, perlu ada kewajaran dalam keputusan kita. Mungkin perlu dibuka dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat. Ramai yang hampir terhenti nafas. Tolonglah @KKMPutrjaya," katanya menerusi ciapan pada akaun Twitter miliknya.

Jelasnya, KBS sudah pun mencadangkan agar sukan padang dan gimnasium dibuka kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kuasa ada pada MKN. Harap KKM sokong," katanya. Kerajaan kelmarin bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif, bermula hari ini.

Ia termasuk aktiviti panggung wayang kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.

Sementara itu, Khairy memberi respon positif apabila bersedia mempertimbangkan pembukaan sektor itu.

"Permintaan @PejaOfPerak (Faizal) untuk outdoor team sports adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN Covid-19. Berita yang baik akan diumumkan," tulis Khairy di laman Twitternya.

SHAZWAN yang melatih 5,000 kanak-kanak di padang miliknya, Little League Soccer kerugian RM5 juta dalam tempoh 18 bulan lalu.
SHAZWAN yang melatih 5,000 kanak-kanak di padang miliknya, Little League Soccer kerugian RM5 juta dalam tempoh 18 bulan lalu.


'Kami tanggung rugi besar'

Kuala Lumpur: "Tolonglah. Kami merayu, benarkan operator sukan dibuka semula. Tolong adil kepada kami juga".

Itu rintihan pemilik Anytime Fitness Sunway Putra Mall di ibu kota, Khairus Syafiq Abd Jalil yang berharap kerajaan memberi lampu hijau sesegera mungkin buat pemain industri sukan beroperasi semula.

Syafiq yang mengusahakan pusat gimnasium itu sejak beberapa tahun lalu mengakui kerugian hampir RM1 juta sejak pelaksanaan PKP 1.0 hingga 3.0 dilaksanakan bermula tahun lalu.

Katanya, perniagaannya bertambah merosot apabila ada ahli kelab menarik diri kerana tidak dapat menggunakan fasiliti sukan susulan halangan pergerakan dengan kehilangan antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan.

Malah, pakej latihan secara persendirian bersama personal trainer turut memberi kesan biarpun pihaknya menawarkan sesi berkenaan secara maya.

"Kami cuba buat perubahan dengan mengadakan sesi personal trainer secara virtual, tapi tak semua boleh ikut kerana mungkin kekangan internat, masa yang tidak sesuai dan lain-lain.

"Di situ kami kehilangan RM40,000 hingga RM50,000 sebulan. Itu belum lagi membership yang tarik diri dan kerugian hampir RM40,000. Bila ditambah tolak dan gaji pekerja yang harus dibayar termasuk sewa kedai, saya rugi dekat RM1 juta.

"Cuba bayangkan bagaimana kami nak kekal jika situasi begini terus menerus tutup. Kami juga mahu mendapatkan keadilan seperti perniagaan lain yang dibenarkan beroperasi," katanya.

Situasi gelap turut ditempuh pengusaha padang bola sepak iaitu Pengurus Besar Maxim Profile Sdn Bhd, Shazwan Wong yang kehilangan RM5 juta sepanjang 18 bulan lalu.

Beliau yang memiliki lapan padang di sekitar Lembah Klang, turut menubuhkan akademi yang dikenali dengan Little League Soccer yang melatih hampir 5,000 kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

"Macam kita ada enam padang bersaiz besar dan dua padang saiz kecil. Hujung minggu ada 700 budak berlatih, tetapi sekarang tinggal kosong. Bahagian elit kita ada 300 lebih dan itu pun terjejas.

"Dengan sewaan padang siang dan malam serta akademi, pukul rata dalam RM5 juta setahun, dan kalau sebulan lebih kurang RM400,000 kami hilang sebulan. Program kami memang besar dan bila tak dibenarkan beroperasi terlalu lama, memang sangat terkesan.

"Rasanya berganda kerugian kerana kami miliki padang untuk diselengara serta sewaan dan lesen yang perlu dijelaskan. Kami tak minta apa-apa pun dari kerajaan, cuma berilah kami buka semula. Dengan pembukaan operasi saya percaya kami kembali pulih," katanya yang sudah 20 tahun terbabit perniagaan itu.

Krishna Kumar
Krishna Kumar


Terjebak dengan along sehingga terima ancaman

Kuala Lumpur: Faedah pinjaman sehingga empat peratus (%) ditambah urusan birokrasi yang terlalu rigid menyaksikan kebanyakan pengusaha pusat sukan mencari alternatif lebih pantas dengan mendapatkan bantuan ceti haram atau along bagi mengelak premis disita atau jatuh muflis.

Walaupun menyedari pilihan itu menjerat mereka, itu antara jalan lebih pantas berbanding mendapatkan bantuan Tekun Nasional dan syarikat perbankan yang meletakkan kadar faedah amat tinggi tatkala kebanyakan pemilik fasiliti sukan semakin nazak susulan penutupan premis disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun lalu.

Lebih parah, kegagalan membayar bunga dalam tempoh ditetapkan menyebabkan ada pengusaha diburu along dengan pelbagai ugutan dan ancaman.

Situasi itu diakui Presiden Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia, Krishna Kumar yang mengesahkan terdapat beberapa laporan berkenaan isu terbabit dengan anggaran hutang menelan hampir jutaan ringgit.

Malah sebenarnya, sejak PKP 1.0 hingga 3.0 yang berterusan hampir 18 bulan, dianggarkan 1,000 pengusaha dan fasiliti pusat sukan gulung tikar termasuk pusat gimnasium, padang bola sepak dan gelanggang badminton diseluruh negara.

Katanya, berdasarkan kaji selidik dilakukan terhadap 500 pusat gimnasium dari Perlis ke Sabah, hampir RM200,000 hingga RM800,000 hutang yang ditanggung akibat penutupun premis pusat sukan sejak awal setahun lalu.

"Memang ada kes along apabila pengusaha pusat sukan seperti gimnasium tiada pilihan lain membuat pinjaman kerana beza faedah empat peratus diletakkan Tekun atau bank cukup tinggi, dan nilai itu sama dengan along," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 September 2021 @ 12:01 PM