Pastinya ramai merasa ragu dan gusar untuk membeli kereta terpakai menerusi platform jualan kenderaan dalam talian terutama dari segi jaminan untuk pembeli.
Pastinya ramai merasa ragu dan gusar untuk membeli kereta terpakai menerusi platform jualan kenderaan dalam talian terutama dari segi jaminan untuk pembeli.
Hanis Aliaa Hidzir

KEMAJUAN teknologi dan kemudahan penghantaran menyebabkan kebanyakan perusahaan kini beralih ke perniagaan dalam talian.

Tidak terkecuali industri jualan kenderaan dalam talian yang kini kian mendapat sambutan terutama dalam situasi pandemik.

Selain itu, keadaan ekonomi semasa juga membuatkan lebih ramai mempertimbangkan untuk memiliki kenderaan terpakai.

Walaupun membeli kereta secara dalam talian mungkin seperti tidak wajar dan berisiko namun kaedah ini benar-benar selamat dan sangat mudah jika dilakukan menerusi platform yang betul.

Jaminan buat pembeli

ImageKetua Pegawai Penjenamaan Carsome, Derek Tan. - FOTO Carsome

Sebagai pembeli, pasti terdapat keraguan dan kegusaran untuk membeli kereta terpakai menerusi platform jualan kenderaan dalam talian terutama dari segi jaminan untuk pembeli.

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan Carsome Derek Tan, penting untuk platform e-dagang kenderaan membuat pemeriksaan dan penggredan komprehensif serta profesional terhadap setiap kenderaan.

"Sebelum membeli, pelanggan diberi akses kepada maklumat kenderaan seperti senarai ketidaksempurnaan, laporan pembaikan semula, harga serta melihat kereta dari dalam dan luaran menerusi pandangan 360 darjah secara dalam talian.

"Selain itu, pembeli turut diberi jaminan satu tahun dari pihak Carsome untuk ketenangan fikiran jangka panjang.

"Paling penting, platform e-dagang kereta seperti Carsome turut mengamalkan ketelusan dengan memaparkan harga sebenar tanpa caj tersembunyi bagi memastikan pelanggan mengetahui dengan tepat apa yang mereka perolehi," katanya.

Mudah, menjimatkan masa

Sebagai pembeli kenderaan kali pertama, Ahmad Fahmi Khairuddin tidak menafikan dia turut mempunyai kebimbangan membeli kereta terpakai secara dalam talian.

Namun, selepas menerima penjelasan yang teliti mengenai jaminan pembelian daripada ejen, penjawat awam ini nekad membeli kereta terpakai secara dalam talian.

"Saya teruja kerana saya mempunyai lebih banyak pilihan kereta mengikut bajet dan paling penting saya boleh mengakses informasi lengkap sesebuah kenderaan sebelum membeli.

"Pembelian kereta secara dalam talian juga sangat mudah, menjimatkan masa serta meyakinkan sesuai dengan situasi semasa," katanya.

Fahmi turut berpuas hati kerana setiap proses pembelian keretanya diuruskan sepenuhnya secara dalam talian bermula dari pemeriksaan kereta, pemindahan pemilikan sehinggalah pembiayaan.

Pengalaman jual, beli kereta terpakai terbaik

Melihat kepada situasi semasa, Carsome sebagai platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, ingin meningkatkan usaha dalam mendigitalisasikan industri kereta terpakai sekaligus meningkatkan pengalaman jual beli kereta terpakai.

Platform ini menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada pengguna dan penjual kereta terpakai dengan menjanjikan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan cekap.

Menerusi Carsome, pengguna mempunyai banyak pilihan kenderaan terpakai mengikut bajet dan keperluan tanpa perlu menunggu kerana semua kereta sudah tersedia.

Image

Semua kereta yang disahkan Carsome juga melalui pemeriksaan 175 titik dan bebas dari sebarang kerosakan besar membabitkan kebakaran, banjir dan kemalangan.

Pengguna juga hanya perlu membayar apa yang mereka lihat secara dalam talian kerana harga kereta adalah tetap tanpa sebarang caj tambahan tersembunyi.

Selain itu, pelanggan turut diberi jaminan satu tahun dari pihak Carsome dengan pembelian kereta terpakai mereka untuk ketenangan fikiran jangka panjang.

Carsome juga menawarkan jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari yang mana jika pembeli merasakan kereta yang dipandu milik tidak sesuai, mereka boleh mengembalikan kenderaan dalam tempoh lima hari dengan bayaran balik sepenuhnya tanpa sebarang pertanyaan.

Image

Carsome turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kenderaan ke rumah supaya pelanggan dapat membeli dengan selesa dari kediaman mereka.

Ayuh nikmati pengalaman pembelian kereta terpakai yang dipercayai dan memudahkan menerusi Carsome.

Untuk maklumat lanjut mengenai jaminan pembelian, layari carsome.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 10:22 AM