Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan kekal bersama kerajaan sehingga sesuatu diputuskan di persidangan Dewan Rakyat, September ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka mengambil pendirian untuk patuh dengan titah Yang di-Pertuan Agong seperti dizahirkan ketika menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Katanya, sebagai kerajaan bertanggungjawab, fokus utama ketika ini adalah untuk membantu rakyat berdepan Covid-19.

ISMAIL Sabri bersama 30 Ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan terhadap kerajaan. FOTO Aziah Azmee
ISMAIL Sabri bersama 30 Ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan terhadap kerajaan. FOTO Aziah Azmee

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 12:15 PM