Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sebanyak 16,840 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu meningkat kepada 1,095,486 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya memaklumkan, Selangor masih lagi merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,092 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 2,114 kes Johor (1,104 kes).

Selain itu, Sabah (1,066 kes), Negeri Sembilan (1,079 kes), Kedah (1,281 kes), Perak (810 kes), Pulau Pinang (689 kes), Kelantan (656 kes), Melaka (581 kes), Pahang (540 kes), Sarawak (450 kes), Terengganu (258 kes dan Putrajaya (100 kes).

Dua negeri merekodkan kes terendah iaitu Labuan sebanyak 7 kes dan Perlis sebanyak 13 kes.

Kes hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam apabila merekodkan 17,170 kes.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 4:01 PM