SEEKOR anjing sedang menghidu sampel peluh mengesan virus. FOTO Agensi
SEEKOR anjing sedang menghidu sampel peluh mengesan virus. FOTO Agensi
Agensi

Bangkok: Thailand mula mengerahkan skuad anjing pengesan virus bagi mengesan orang ramai yang dijangkiti Covid-19.

Memetik portal India Times, langkah itu bagi membantu pihak kerajaan pantas mengesan komuniti terutama di tempat sesak yang terkena jangkitan.

Sebagai permulaan, enam anjing dilatih penyelidik Fakulti Sains Veterinar di Universiti Chulalongkorn Bangkok.

Menurut penyelidik, kumpulan haiwan itu dilatih menghidu bau unik yang terhasil dari peluh orang yang dijangkiti Covid-19.

Sejak 10 Mei lalu, tiga daripada anjing itu, Angel, Bobby dan Bravo sudah menguji lebih 1,000 sampel dari kakitangan kolej, penuntut dan orang ramai di luar kampus.

SEEKOR anjing sedang menghidu sampel peluh mengesan virus. FOTO Agensi
SEEKOR anjing sedang menghidu sampel peluh mengesan virus. FOTO Agensi

Setakat ini, keputusan amat menakjubkan dengan kadar kejayaan mencecah hampir 95 peratus.

Selepas beberapa saat menghidu sampel peluh, yang diletakkan di bekas keluli, anjing itu akan mengesan mana satu sampel daripada individu yang dijangkiti Covid-19.

Jika sampel itu tiada jangkitan, anjing itu akan mengesan sampel seterusnya. Namun, jika positif mereka akan duduk di depan sampel itu.

Sukarelawan, Suwanna Thanaboonsombat yang ditugaskan membawa sampel ke makmal berkata, skuad berkenaan menjadi nilai tambah kepada mereka yang tidak dapat keluar untuk membuat ujian pengesanan.

Katanya, orang ramai kini dengan mudah hanya perlu mengambil sampel peluh mereka di bawah ketiak dengan menggunakan putik kapas sebelum menghantarnya ke makmal serta keputusannya juga agak tepat.

SKUAD anjing pengesan virus dilatih. FOTO Agensi
SKUAD anjing pengesan virus dilatih. FOTO Agensi

Penyelidik berkenaan merancang menghantar skuad berkenaan keluar ke komuniti yang disyaki sebagai kawasan panas Covid-19.

Skuad itu akan menjalankan tugas mereka dalam kenderaan bergerak manakala petugas akan mengumpul dan menyaring sampel daripada komuniti.

Penyelidik Thailand berkata, bekas sampel direka khusus sesuai dengan keadaan supaya hidung haiwan itu tidak menyentuh sampel sebagai langkah keselamatan.

Mereka juga percaya reseptor pada sel saluran pernafasan anjing bukanlah persekitaran yang baik untuk virus berkenaan menyerang.

SEEKOR anjing sedang menghidu sampel peluh untuk mengesan virus.
SEEKOR anjing sedang menghidu sampel peluh untuk mengesan virus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 6:30 AM