GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 2,340 kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, tidak banyak perubahan berbanding 2,341 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini 381,813.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter rasmi memaklumkan Selangor mencatat kes baharu tertinggi dengan 526 kes, diikuti Sarawak (429), Kelantan (370), Kuala Lumpur (291) dan Sabah (172).

Sejumlah 170 kes direkodkan di Johor, diikuti Pulau Pinang (111), Pahang (81), Melaka (63), Kedah (55), Perak (38), Negeri Sembilan (24), Putrajaya (enam), Labuan (dua) dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perlis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 5:59 PM