GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim.
GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 masih mencatatkan angka 2,000 apabila 2,195 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari ini, menjadikan kes kumulatif 375,054.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 2,185 adalah penularan tempatan iaitu membabitkan 1,837 warganegara dan 348 bukan warganegara.

"Terdapat 10 kes import direkodkan hari ini membabitkan dua warganegara dan lapan bukan warganegara.

"Kes aktif di negara ini dengan kebolehjangkitan adalah 19,854 kes.

"Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,427 menjadikan kes kumulatif 353,822 atau 94.3 peratus," katanya menerusi Twitter rasmi beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 219 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 90 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Dukacita dimaklumkan terdapat lapan kematian direkodkan hari ini membabitkan semua warganegara menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,378 atau 0.37 peratus," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 5:09 PM