AGENSI penguat kuasa mengesan GPS dipasang pihak tertentu pada kenderaannya. FOTO agensi
AGENSI penguat kuasa mengesan GPS dipasang pihak tertentu pada kenderaannya. FOTO agensi
Agensi

Beijing: Segelintir pihak tertentu di China dikesan memasang peranti sistem pengesanan global (GPS) pada kenderaan agensi penguat kuasa pengangkutan di negara itu.

Individu itu dipercayai bertindak sedemikian untuk mengelak aktiviti mereka yang memandu kenderaan dengan muatan lebih daripada had dibenarkan daripada dikesan pihak berkuasa.

Portal Global Times melaporkan ia antara cabaran terbaru dihadapi agensi penguat kuasa pengangkutan di Zhejiang, wilayah di timur China.

Menurut laporan berkenaan, agensi berkenaan pada mulanya mengesan beberapa kenderaan miliknya dipasang dengan peranti berkenaan.

Sebelum ini, pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan kenderaan membawa muatan lebih daripada had dibenarkan.

Pihak berkuasa pengangkutan tempatan mendakwa ia menyebabkan kes membabitkan kesalahan jenis itu menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun, penduduk tempatan mendakwa, jumlah kes sebenarnya tidak menurun, malah semakin meningkat.

Bahkan lebih buruk lagi, kenderaan agensi penguat kuasa pengangkutan pula menjadi sasaran individu yang melakukan kesalahan itu.

Beberapa hari lalu, pihak berkuasa mendapati bahawa pihak tertentu mengetahui lokasi kenderaan milik agensi penguat kuasa itu.

Ia selepas penemuan dua peranti GPS yang dipasang oleh pihak berkenaan pada kenderaan agensi penguat kuasa berkenaan.

Sementara itu, netizen terkejut dengan tindakan bertanggungjawab itu, malah ramai yang bimbang apabila GPS amat mudah diperolehi pada masa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 6:30 AM