Laporan Portal Harian Metro
Laporan Portal Harian Metro
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, 32, yang ditemukan dalam keadaan leher dijerut di rumah sewanya di Taman Bangi, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini jam 8.45 malam tadi.

"Suspek akan ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Mac bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penemuan mayat wanita tempatan yang ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan penemuan itu adalah hasil maklumat seorang lelaki yang memaklumkan menemui mayat seorang wanita tempatan berusia 30-an.

Nik Khatijah adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.

'Keluarga terkejut, sedih kejadian tragis wanita mati dijerut'

'Mangsa bunuh disahkan Pengurus Jabatan Advokasi Ikram'

'Wanita mati dijerut'

Siapa pandu kereta Nik Khatijah?

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mac 2021 @ 11:04 AM