Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.

Ketibaan vaksin itu disambut oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Turut hadir menyambut ketibaan vaksin berkenaan adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PESAWAT Airbus Airbus 330-300 MAS yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Tangkap Layar Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 10:14 AM