KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebanyak 4,889 kes sembuh Covid-19 direkodkan, hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sembuh di negara ini sebanyak 239,971 kes (86.4 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula sebanyak 2,936 kes menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 277,811 kes.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan di luar negara, sementara 2,919 kes tempatan membabitkan 1,572 warganegara dan 1,347 bukan warganegara.

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 36,797 kes dan seramai 220 pesakit Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 104 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah 10,43 kes atau 0.38 peratus daripada keseluruhan kes dicatatkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2021 @ 6:14 PM