HAZELINA. FOTO Arkib NSTP
HAZELINA. FOTO Arkib NSTP
Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Kontroversi terbaru membabitkan penyanyi Aiman Tino tercetus lagi apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil membuat kenyataan pedas membidas tindakan seorang warganet yang melabelkannya sebagai 'mentua dari neraka' gara-gara menyibuk dengan hal anaknya.

"Ciri-ciri mak mentua dari neraka. Nasiblah siapa yang sangkut dengan famili makcik. Ngeri," tulis individu itu yang jelas ditujukan kepada Hazelina.

Tanpa menunggu lama, Hazelina kemudian memberikan respon menerusi Instagram dengan menulis, tak kenal maka tak cinta. Neraka itu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga," katanya.

Hazelina turut menyatakan apa yang dilakukan selama ini demi masa depan anak tersayang.

Malah, Hazelina turut meluahkan rasa kecewa kerana susah-payah membesarkan anak-anak pasti menjadi perkara menyakitkan akibat perbuatan pihak lain.

"Sudah ada anak nanti baru dapat rasa. Penat besarkan anak, lepas itu orang kikis."

Perkongsian ini mendapat simpati pengikutnya yang menyokong apa yang dilakukan.

Isnin lalu, Hazelina menerusi Instagram meluahkan perasaan terkilan dengan Aiman yang berubah dan mengabaikan kerjaya seni semenjak mengenali seorang wanita bernama Fara.

Hazelina juga tidak teragak-agak memberi bayangan hidup anaknya itu dikongkong seorang wanita.

Namun, Aiman kemudiannya tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang mendakwa ia hanya salah faham dan kesilapan dirinya sendiri.

Berita berkaitan

'Saya minta maaf, memang silap saya' - Aiman Tino

'Jawablah panggilan kami Aiman'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 10:10 PM