MOHAMED Nazri. FOTO arkib NSTP
MOHAMED Nazri. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19.

Mohamed Nazri ketika dihubungi berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat Datuk Zaharin Mohd Yassin yang menghadiri sidang medianya pada 12 Januari lalu.

"Saya mengalami batuk teruk dan pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

"Saya mengambil swab test (ujian calitan) dan disahkan positif Covid-19 semalam," katanya.

Bekas Menteri Pelancongan itu berkata, beliau kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan dan stabil.

"Alhamdulillah, saya okay. Saya tak ada simptom lain selain batuk.

"Tak apalah saya duduk di hospital lama pun (untuk menerima rawatan)," katanya.

Katanya, isteri, anak, pembantu rumah dan pemandu peribadinya akan menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 12:53 PM