DR Nur Amalina berkongsi gambar dia mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan menasihati mereka yang membuat konspirasi mengenai vaksin itu. FOTO IG DR AMALINA.
DR Nur Amalina berkongsi gambar dia mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan menasihati mereka yang membuat konspirasi mengenai vaksin itu. FOTO IG DR AMALINA.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia.

Pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr Nur Amalina Che Bakri ketika menjawab soalan di Instagram Story miliknya berkata, mustahil untuk memasukkan cip di dalam vaksin dan jarum.

"Tengok betapa kecilnya jarum dan sangat mustahil untuk memasukkan cip dalam vaksin berkenaan.

"Tambahan lagi, kalau betul ingin mengesan kedudukan manusia, hanya boleh dikesan melalui telefon pintar serta media sosial anda," tulisnya.

Dia turut memaparkan gambar sedang disuntik dengan vaksin Covid-19 di United Kingdom.

Menurutnya, ramai tidak faham ilmu Sains dan percaya kepada teori konspirasi.

"Ada yang mempunyai agenda tersendiri dengan menjual barang. Ramai hanya baca tajuk yang kontroversi.

"Tetapi tidak pula membaca kertas penyelidikan, saya dan doktor lain akan terus mendidik selagi kami mampu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 8:37 PM