MUHYIDDIN. FOTO arkib NSTP
MUHYIDDIN. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan hendaklah dibuktikan melalui proses ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Anwar yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Menurutnya, dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Tanpa melalui proses itu, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

"Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini.

"Insya-Allah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Berita berkaitan:

  • Agong titah semua pihak utamakan kesejahteraan rakyat
  • Anwar bersandiwara untuk meraih sokongan rakyat Sabah: Rosol
  • Anwar rakus, gila kuasa
  • GPS berdiri teguh di belakang Muhyiddin
  • DAP sokong Anwar
  • PM tenang saja
  • 'Kerajaan tidak tumbang dengan hanya isytihar sahaja'
  • Amanah sokong Anwar
  • 'Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen' - Anwar
  • Anwar umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 5:14 PM