KAWASAN Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya sah lokasi baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu berkuat kuasa sehingga 23 Mei.
Katanya, pengisytiharan itu selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 di situ yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan.
"Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan PKPD.
"Perintah PKPD ini membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Antara kawasan dalam PKPD adalah:
Zon A
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya
Zon B
Jalan 2/29, Petaling Jaya
Jalan 2/29A, Petaling Jaya
Jalan 2/27, Petaling Jaya
Jalan 2/32, Petaling Jaya
Jalan 2/25, Petaling Jaya
Jalan 2/26, Petaling Jaya
Jalan 2/34, Petaling Jaya
Jalan 2/34A, Petaling Jaya
Jalan 2/23, Petaling Jaya
Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya
Zon C
Jalan Selangor, Petaling Jaya
Lorong 3/57D, Petaling Jaya
Lorong 3/57C, Petaling Jaya
Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya