SAARANI MOHAMAD
SAARANI MOHAMAD
HM Digital

SIAPA pilihan istana Perak? Dua nama yang paling hangat diperkatakan adalah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Datuk Saarani Mohamad daripada Umno.

Ahmad Faizal yang mesra dipanggil Peja adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang yang juga bekas Menteri Besar Perak, manakala Saarani, Adun Kota Tampan kukuh sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak yang memiliki kerusi dominan di Perak.

Dua calon ini dilihat memiliki kekuatan masing-masing untuk menjadi pilihan istana selain Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd Razman Zakaria yang juga Adun Gunung Semanggol.

Sumber berkata, Ahmad Faizal dikatakan mempunyai reputasi baik dengan istana selain mendapat sokongan daripada majoriti Adun Perak terutama daripada Perikatan Nasional (PN).

Katanya, peletakan jawatan Ahmad Faizal kelmarin, adalah mengikut prosedur biasa iaitu menyembah maklum kedudukan kerajaan negeri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas Bersatu Perak, Umno dan PAS bersepakat untuk membentuk gabungan dan mendapat majoriti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 6:45 AM