HANNA dan suaminya ketika saat bahagia mereka. FOTO FB Hanna Baa.
HANNA dan suaminya ketika saat bahagia mereka. FOTO FB Hanna Baa.
Zatul Iffah Zolkiply


HANNA atau Suhana Hamzah menafikan suaminya ada meminta kebenaran untuk memperisterikan pengusaha kuih bulan, Haziqah Nurul Huda Harun atau lebih dikenali Yaya.

“Saya tidak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yang didakwa (suaminya),” kata wanita berusia 34 tahun itu menerusi hantaran di Facebook (FB) hari ini.

Menurutnya, dia tetap dengan keputusannya untuk bercerai dan dalam proses memfailkan perceraian kerana sudah tidak sanggup dipermainkan lagi.

Katanya, tindakan itu diambil selepas perbincangan dengan mereka tidak pernah berakhir dengan baik.

“Di saat ini, giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak-anak. Mereka boleh meneruskan “play victim” (berlagak seperti mangsa).

“Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bukan hanya dapat diselesaikan dalam masa 24 jam atau hanya lega perkataan sabar.

“Saya yang merasa dan menanggung serta mengalami depression (tekanan) yang terlampau, apatah lagi ketika saya masih dalam proses recovery (pulih) selepas bersalin.

“Ditambah dengan ujian yang sebegini amat memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya,” katanya yang mempunyai tiga anak dengan anak bongsu berusia tujuh bulan.

Terdahulu, suami Suhana dikenali Mahyudin Noral Azhar, 35, memuat naik hantaran di FB Baa Azhar menjelaskan isu melanda dirinya, isteri dan Yaya, 23, serta mendakwa menyayangi kedua-dua wanita itu.

Dalam pada itu, Hanna juga menafikan tuduhan pihak tertentu mengaitkan kisah rumah tangganya sebagai cara mereka memasarkan perniagaan.

“Saya bukanlah terdesak untuk membuat ‘marketing’ murahan sebegitu tetapi apa yang saya tulis semalam adalah luahan hati yang tersangat sakit akibat dikhianati, tetapi tidak sangka ia menjadi viral.

“Apabila kesabaran saya sudah tidak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak-katikkan ke kiri dan ke kanan, menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian.

“Kerana mereka merasakan saya tidak akan berani, lemah dan akan terus menangis dan meratap, dan mereka merasakan saya adalah seorang yang naif yang akan percaya bulat-bulat dengan penafian-penafian yang menyakitkan,” katanya.

Hanna berkata, sebelum tindakan itu dibuat, banyak usaha sudah dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangannya, malangnya rayuannya tidak diendahkan dan akhirnya dia yang ternampak buruk.

“Bertuah anda yang tidak mengalami nasib seperti saya. Saya juga manusia yang ada limit (had) dan perasaan. Saya bukan malaikat boleh reda dan terima dengan hati terbuka kerana yang menanggung beban adalah saya.

“Saya juga tidak pernah mengatakan suami saya memukul atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul.

“Kepada mereka yang berkenaan, teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yang perlu dijaga, sedangkan saya tidak punya apa-apa,” katanya.

Berita berkaitan

'Tak kahwini Yaya, tak ceraikan Hanna'

Saya ada bukti - Hanna

Yaya nafi kahwin

'Yaya Tokoh OKU Maal Hijrah Terengganu'

'Kuih bakul Yaya lebar empayar'

'Alhamdulillah, rezeki Yaya bertambah'

Haziqah kuih bakul 'terbaik'

'Yaya gadis kuih bakul'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 5:26 PM