BERNAMA

HATI-HATI dengan kewujudan ‘sasterawang’, pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said.

Beliau berkata, sepanjang perjuangannya sejak zaman reformasi, ada pemimpin politik yang tergelincir disebabkan wang.

“Menentang ini sedap tetapi apakah kita menentang kita membetulkan atau tidak.

“Sebab kadang-kadang kita menentang kita dapat buah manisnya, ini menjadikan kita hamis,” katanya semasa berucap di Pertemuan Karyawan Sarawak ke-9, anjuran Persatuan Karyawan Sastera Sarawak, di Kuching, hari ini.

Sasterawan Negara ke-4 ini berkata, sebagai seorang seniman dan sasterawan, beliau berasa bertanggungjawab membetulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

“Saya tidak takut dengan kata, saya selalu berhujah begitu sahaja dan terseliuh bila dilarang. Saya tak masuk medan untuk tunggu siapa lawan saya tetapi yang penting hasil hujahan itu menguntungkan masyarakat,” katanya.

– BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 2:03 PM
SASTERAWAN Negara, Datuk Seri Dr A. Samad Said memberi ucapan ketika hadir ke program pertemuan karyawan Sarawak kali ke 9 (PKS2019) di  Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching. FOTO Hazreen Mohamad
SASTERAWAN Negara, Datuk Seri Dr A. Samad Said memberi ucapan ketika hadir ke program pertemuan karyawan Sarawak kali ke 9 (PKS2019) di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching. FOTO Hazreen Mohamad