30 Julai ini cuti am sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
30 Julai ini cuti am sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BERNAMA

KERAJAAN mengumumkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 11:20 AM