Mamat Khalid dikomakan untuk tempoh 48 jam. FOTO NSTP
Mamat Khalid dikomakan untuk tempoh 48 jam. FOTO NSTP
Ridzuan Abdul Rahman


“DOAKAN abang sihat. Abang Mamat sekarang dikomakan untuk tempoh 48 jam. Sedekahkan Al-Fatihah,” kata isteri pengarah terkenal tanah air, Mamat Khalid, 55, iaitu Hasmah Hassan mengenai suaminya yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Mamat dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan dipercayai akibat masalah jantung, semalam.

Difahamkan, sebelum itu beliau mengadu sakit dada dan batuk.

Pengarah filem Hantu Kak Limah ini kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan doktor memberikan dos bagi membolehkan dia berehat.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Mamat berada dalam keadaan kritikal.

Hasmah atau mesra dengan panggilan Kak

Intan ketika ditanya mengenai perkara itu hanya meminta orang ramai mendoakan suaminya segera sihat.

Mamat baru saja selesai mengarah filem terbarunya berjudul Rock 4: Quo Vadis Komer.

Pada April 2017, Mamat pernah

dimasukkan ke ICU sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor akibat kepenatan dan sesak nafas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 10:13 PM