Tomok (dua, kiri) dengan keluarga bersama arwah ayahnya, Ismail (tengah) pada majlis doa selamat. FOTO IG ISMA
Tomok (dua, kiri) dengan keluarga bersama arwah ayahnya, Ismail (tengah) pada majlis doa selamat. FOTO IG ISMA
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Tomok menerusi akaun Instagramnya berkongsi berita duka mengenai pemergian ayahnya, Ismail Salam yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 petang tadi, hari ini.

“Assalamualaikum. Ayah saya, Ismail Salam telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi. Arwah akan dikebumikan di Masjid Alam Damai petang ini. Al-Fatihah,” tulisnya.

Selain Tomok, kakaknya yang juga penyanyi, Isma AF7, menerusi akaun Instagramnya turut berkongi berita sama.

“Perginya ayahanda kami menghadap Ilahi. Ya Allah, Kau ampuni dosa-dosanya. Kau tempatkan ayahku di kalangan orang-orang yang beriman di sisi-Mu.

“Selamat jalan ayahku,” tulisnya.

Isma ketika dihubungi memberitahu, mereka sekeluarga sempat mengadakan majlis doa selamat untuk arwah bapanya semalam.

“Semalam, kami sekeluarga sempat mengadakan majlis doa selamat dan mengharapkan agar kesihatan ayah bertambah baik.

“Namun, Allah lebih sayangkannya dan petang tadi, doktor mengesahkan bahawa ayah sudah tiada,” katanya.

Ismail sebelum ini diserang strok pada Disember tahun lalu dan banyak menghabiskan waktu menjalani rawatan di hospital dan rumah.

Serangan strok itu mengganggu kesihatannya dan menyukarkan pergerakan dan pertuturannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Disember 2018 @ 6:20 PM