NURCAHYO menerangkan situasi kapal sebelum terhempas kepada orang ramai.  FOTO/REUTERS
NURCAHYO menerangkan situasi kapal sebelum terhempas kepada orang ramai. FOTO/REUTERS
Agensi

JAKARTA: Juruterbang Lion Air tidak berputus asa menaikkan muncung pesawat walaupun berhadapan dengan sistem komputer yang tidak berfungsi sebelum.

Muncung pesawat menjunam secara mendadak lebih 12 kali dalam tempoh 11 minit pada 29 Oktober tetapi berjaya dinaikkan berulang kali sebelum ia hilang kawalan dan terhempas ke dalam Laut Jawa.

Maklumat berkenaan diperoleh daripada perakam data penerbangan dan selari dengan teori penyiasatan bahawa komputer dalam penerbangan itu menjadi punca kepada nahas.

Perisian itu dikenali sebagai sistem manoeuvring characteristics augmentation yang digunakan sebagai kawalan muncung pesawat daripada naik menegak dan terhenti, kata laporan awal pihak berkuasa Indonesia kepada New York Times.

“Juruterbang berjuang habis-habisan sehingga pesawat terhempas,” kata penyiasat kemalangan udara yang juga ketua penyiasat tradegi Boeing Co 737 MAX Lion Air, Kapten Nurcahyo Utomo.

INFO GRAFIK
INFO GRAFIK

Setakat ini, penyiasat berkata, pesawat malang itu menghadapi masalah pada penunjuk laju udara dan sudut serang (AOA) sehingga membuatkan Boeing mengeluarkan buletin khas untuk memberitahu pengendali penerbangan apa yang patut dilakukan apabila mereka menghadapi situasi sama.

AOA menunjukkan data berkenaan sudut di mana udara melepasi sayap pesawat dan memberitahu juruterbang berapa tinggi pesawat dapat diangkat serta maklumat boleh menjadi kritikal dalam menghalang pesawat daripada terhenti.

Kesatuan juruterbang penerbangan Amerika Syarikat (APA) berkata, juruterbang tidak diberitahu Boeing berkenaan perubahan tertentu dalam sistem kawalan pesawat yang dipasang pada Varian MAX 737 yang terbaru itu.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia sudah mengambil salah satu kotak hitam (perakam data penerbangan) tetapi belum mendapatkan perakam suara kokpit.

Data kotak hitam menunjukkan pesawat itu mempunyai masalah penunjuk laju udara pada beberapa penerbangan terdahulu, kata penyiasat.

Kemalangan yang membabitkan pesawat Lion Air adalah yang pertama berlaku membabitkan pesawat 737 MAX sejak perkhidmatannya pertama kali diperkenalkan di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 10:01 AM