(kiri) PERTEMUAN DR Mahathir dan Trudeau, hari ini. FOTO BERNAMA. PERTEMUAN Dr Mahathir dan Trudeau, pada 1982. FOTO Ihsan Twitter @CanadaMalaysia
(kiri) PERTEMUAN DR Mahathir dan Trudeau, hari ini. FOTO BERNAMA. PERTEMUAN Dr Mahathir dan Trudeau, pada 1982. FOTO Ihsan Twitter @CanadaMalaysia
Ahmad Johari Mohd Ali


PERTEMUAN Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Port Moresby, Papua New Guinea, mengulangi pertemuan nostalgia kedua-duanya, 36 tahun lalu.

Dalam pertemuan penuh nostalgia pada tahun 1982, Justin Trudeau pada usia 11 tahun dibawa bapanya, Perdana Menteri Kanada ketika itu, Pièrre Elliot Trudeau bertemu Dr Mahathir.

Pada hari ini, Dr Mahathir, 93 dan Trudeau, 46 bertemu pada mesyuarat dua hala di Stanley Hotel bagi membincangkan mengenai hubungan sosioekonomi antara kedua-dua negara selama setengah jam.

Trudeau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri termuda Kanada pada tahun 2015, manakala Dr Mahathir adalah perdana menteri paling tua di dunia.

Sempena hari ulang tahun Mahathir pada Julai lalu, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Julia Bentley menghadiahkan kepada Dr Mahathir foto pertemuan bersejarah itu yang menunjukkan Trudeau bersalaman dengan Dr Mahathir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 November 2018 @ 8:09 PM