Keadaan Nur Raudah yang sedang dirawat di hospital. FOTO IG Azrul Zaidi
Keadaan Nur Raudah yang sedang dirawat di hospital. FOTO IG Azrul Zaidi
Ridzuan Abdul Rahman


"ALHAMDULILLAH... berkat doa keluarga dan orang ramai sekarang baby (anak) agak stabil,” kata pelawak dan pengacara Azrul Zaidi mengenai perkembangan terkini anak bongsunya, Nur Raudah Batrisyia.

Bagaimanapun, anaknya itu masih dalam pemantauan doktor dan menunggu keputusan ujian makmal untuk tindakan selanjutnya.

Nur Raudah ditahan dan ditidurkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang sejak 25 Mac lalu disebabkan demam dan batuk yang kronik.

Azrul sebelum ini berkongsi masalah kesihatan dialami anaknya di Instagramnya yang mendapat simpati daripada ramai netizen.

Menurut Azrul, doktor sudah mengambil air tulang belakang Nur Raudah untuk mengkaji jangkitan kuman yang sudah merebak ke otak.

"Saya mulanya agak takut dan berat memberi kebenaran. Tetapi apabila pakar memberi penerangan mereka hanya mengambil beberapa titik saja dan tidak menganggu kondisi baby dan itu cara terakhir untuk mereka mengenalpasti apa ubat diperlukan, saya akhirnya bersetuju.

"Lagipun keputusan itu diambil selepas antibiotik diberikan tidak berkesan," katanya kepada Harian Metro.

Azrul mengakui tindakannya membawa Nur Raudah ke hospital langkah tepat kerana sebelum ini dia hanya merujuk ke klinik biasa dan doktor gagal mengenal pasti penyakit sebenar.

"Emosi dan fikiran terganggu kerana dalam masa sama perlu memenuhi undangan mengacara.

"Syukur kerana baby mendapat pemantauan rapi daripada jururawat dan doktor bertugas dan sedikit sebanyak melegakan saya," katanya.

Berita berkaitan:

Doakan anak Azrul kembali sembuh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 1:01 PM