Hadzlihady Hassan


BOMBA mengesahkan tiada sebarang mangsa yang terperangkap dalam kebakaran membabitkan empat gudang berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, Bayan Lepas, malam tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.50 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Siasatan mendapati tiada mangsa terperangkap atau mengalami sebarang kecederaan.

“Kebakaran membabitkan gudang barang lusuh, gudang makanan ringan, gudang perabot dan gudang barangan elektrik.

“Siasatan awal mendapati api berpunca daripada gudang barang lusuh dan seterusnya merebak ke tiga gudang lain,,” katanya pada sindang media di lokasi kejadian.

Saidon berkata, pihaknya menjangka api dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh dua hingga ke tiga jam.

SUASANA di lokasi kejadian kebakaran empat gudan bersebelahan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. FOTO Amir Irsyad Omar
SUASANA di lokasi kejadian kebakaran empat gudan bersebelahan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. FOTO Amir Irsyad Omar

Berita berkaitan:

Empat kilang hangus

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 2:13 AM