HM Digital


• Dua remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas dirempuh kereta ketika berbasikal di Jalan Sawah Ulu Pulai, Pekan Nanas, Pontian.

• Seorang bapa maut dipercayai akibat sesak nafas selepas menyelamatkan anak bongsu dalam kebakaran rumahnya di Kampung Kuala Ibai.

• Dua suspek bunuh ahli kongsi gelap di stesen minyak Taman Pelangi, Johor, bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.

• Penolong pegawai Rela, Abdul Wali Fathir Mustapha dan inspektor polis Azrul Izman Shadan, mengaku salah terhadap tuduhan rasuah.

• Tiga individu direman enam hari bagi bantu siasatan kes kehilangan kabel milik Telekom Malaysia (TM) sejak dua tahun lalu.

• Anggota Angkatan Pertahanan Awam Kubang Pasu tangkap ular sawa batik 4.9 meter selepas menelan kambing di Kampung Padung, Bukit Kayu Hitam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 6:50 PM