Mazizul Dani


“APA yang saya sampaikan adalah sekadar hiburan kepada anda di luar sana yang nak dengar dan tiada kaitan sama ada saya ini meminati kaum sejenis atau tidak normal."

Itu tegas Zainal Abidin Shah Baharuddin, 32, selepas rakaman nyanyiannya menggunakan dua suara iaitu lelaki dan wanita menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

"Ada yang kata saya ini bukan lelaki tulen hanya kerana pendekatan saya menyanyikan lagu duet secara berseorangan.

"Bagi saya sama ada lelaki tulen atau sejati itu bukan isu kerana yang penting apa yang saya ingin sampaikan kepada pendengar saya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia yang lebih mesra disapa Bob menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas video dia menyanyikan lagu hindustan, Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam pada 24 Disember lalu, tular.

Bob yang sudah berkahwin, mempunyai tiga anak dan menetap di Meru, Klang ketika itu bertugas sebagai deejay bersama Dj Djali Entertainment dalam satu majlis perkahwinan di Sekinchan, Selangor.

"Teknik nyanyian sebegitu sebenarnya sudah lama saya praktikkan. Hanya berani untuk diperdengarkan kepada orang awam pada awal tahun ini apabila bekerja separuh masa sebagai deejay.

"Saya ini lelaki normal. Suara itu anugerah. Saya tidak kisah orang nak komen apa kerana sekarang ini saya berterima kasih kepada yang tularkannya kerana Alhamdulillah, setakat ini setiap minggu saya ada jemputan untuk jadi deejay dan penghibur," katanya yang berasal dari Felda Palong 8, Negeri Sembilan.

Bob meminati lagu-lagu hindustan, selain pernah menyanyi lagu duet menggunakan cara yang sama untuk lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu dendangan Wany Hasrita dan Tajul, mahupun lagu-lagu duet Allahyarham Achik dan Siti Nordiana.

CAPTION 1: BOB ketika bertugas sebagai dejay dalam majlis perkahwinan.

CAPTION 2: BOB bersama isteri dan tiga anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 9:48 PM
BOB bersama isteri dan tiga anaknya. FOTO Ihsan Bob
BOB bersama isteri dan tiga anaknya. FOTO Ihsan Bob
BOB ketika bertugas sebagai deejay dalam majlis perkahwinan. FOTO Ihsan Bob
BOB ketika bertugas sebagai deejay dalam majlis perkahwinan. FOTO Ihsan Bob
RAKAMAN video tular Bob menyanyikan lagu hindustan Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam pada 24 Disember lalu. FOTO Ihsan Bob
RAKAMAN video tular Bob menyanyikan lagu hindustan Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam pada 24 Disember lalu. FOTO Ihsan Bob