Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Murninya hati dua beradik ini apabila sanggup mencari duit sendiri untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan dengan mengambil upah mengasingkan kepah sepanjang cuti penggal persekolahan ini.

Norida Yahya, 14, dan adiknya, Norizan, 13, berbuat demikian kerana menyedari pendapatan bapa, Yahya Salleh, 37, sebagai nelayan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka lima beradik.

Menurut Norida, dia dan adiknya melakukan kerja itu secara sukarela demi membantu bapa yang hanya beroleh pendapatan kira-kira RM800 sebulan.

NORIZAN  (kanan) bersama kakaknya, Norida mengambil upah mengasingkan kepah di pelantar Jeti Kuala Kedah. FOTO Ihsan pembaca
NORIZAN (kanan) bersama kakaknya, Norida mengambil upah mengasingkan kepah di pelantar Jeti Kuala Kedah. FOTO Ihsan pembaca

“Duit itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami adik-beradik dan kerana itu kami membuat keputusan untuk mencari sendiri duit poket dan membeli pakaian sekolah bagi membantu meringankan beban bapa.

“Setiap pagi pada hari cuti, kami akan tunggu di Pelantar Kepah di Kuala Kedah untuk melakukan kerja mengasingkan kepah. Sekiranya banyak kepah yang didaratkan nelayan, kami memperoleh upah RM15 seorang.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 7:54 AM