HM Digital

• Lelaki Bangladesh yang ditahan ketika tangkapan 'Ops Pintas KLIA' mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga tuduhan memiliki pasport milik tiga warga Bangladesh, awal bulan ini.

• Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup lebih 1.5 juta pil Eramin 5 bernilai RM24 juta dalam serbuan di kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 17 Disember lalu.

• Pekerja kedai antik dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes kecurian patung buddha bernilai RM10,000 yang hilang dari Persatuan Buddihst Pulau Pinang, di Jalan Anson, ditahan.

• Mahkamah Majistret Kajang menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari pada Februari bagi kes seorang ustaz yang didakwa mencederakan seorang murid berusia 11 tahun, Ogos lalu.

• Lelaki yang ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang Pakistan, Jumaat lalu dianggap seorang yang pendiam dan kurang bergaul dengan jirannya.

• Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang , 8 pagi hari ini akibat pneumonia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2017 @ 6:50 PM