Jenazah Muhammad Adam dikebumikan bersebelahan pusara abang dan kakaknya, hari ini. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Jenazah Muhammad Adam dikebumikan bersebelahan pusara abang dan kakaknya, hari ini. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Khairul Najib Asarulah Khan

JENAZAH Muhammad Adam Firdaus Mohd Syawal berusia setahun yang meninggal dunia akibat menghidap masalah degupan jantung tidak stabil dikebumikan bersebelahan pusara abang dan kakaknya, hari ini.

Jenazah bayi lelaki itu dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Mantau, Seremban, pada 10.30 pagi.

Muhammad Adam adalah anak keempat Nor Hadila Abu Hassan, 24 dan Mohd Shawal Asmadi, 32, yang meninggal dunia selepas tiga anak mereka meninggal dunia akibat penyakit sama pada 2012, 2014 serta 2015.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU), Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, jam 5.03 petang semalam.

Nor Hadila berkata, sebelum ini tiga anaknya Nur A'in Shuhada meninggal dunia ketika berusia lima tahun, Nur A'in Syazlin ketika berusia enam bulan dan Muhamad Syazlan sewaktu berusia setahun kerana menghidap .

"Ketika dalam kandungan, doktor sudah memaklumkan risiko bayi saya menghidap penyakit sama adalah tinggi. Saya dan suami sudah bersedia dan sanggup menerima risiko itu.

"Walaupun sedih dengan kehilangan satu-satunya anak yang saya ada ini, tetapi saya reda menerima ketentuan Ilahi dan mereka adalah anak syurga saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 3, Mambau, hari ini.

Katanya, jenazah Muhammad Adam dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Nur A'in Shuhada dan abangnya, Muhamad Syazlan.

Berita berkaitan:

’Kami Reda Muhammad Adam Pergi’

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 7:44 PM