Keadaan Perodua Viva yang remuk dan kenderaan lain yang dihempap selepas lori mnembawa muatan batu terbalik di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, menyebabkan seorang wanita dalam Viva berkenaan maut. - Foto AZHAR RAMLI

Muhammad Mustakim Ramli

SEORANG wanita maut apabila kereta Perodua Viva dinaikinya dihempap lori membawa muatan batu yang terbalik di Jalan changlun-Kuala Perlis, berhampiran simpang tiga lampu isyarat ke Kampung Padang Besar Selatan, hari ini.

Selain kereta dinaiki mangsa, lori terbabit turut melanggar tiga kenderaan lain menyebabkan beberapa lagi cedera.

Pegawai Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis, Marshahadi Mehad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari.

Kemalangan lori membawa muatan batu yang terbalik di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tangki Air Kuala Perlis, turut membabitkan empat kereta.
Kemalangan lori membawa muatan batu yang terbalik di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tangki Air Kuala Perlis, turut membabitkan empat kereta.

“Ada empat mangsa dalam kereta Perodua Viva, iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan dengan seorang daripada mereka maut akibat tersepit.

“€œSemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah manakala pemandu lori difahamkan sudah dibawa ke balai polis,”  katanya ketika ditemui, hari ini.

Difahamkan mangsa yang cedera, termasuk patah paha dan patah tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2017 @ 3:41 PM