NEYMAR, gambar kanan akaun Instagram milik Neymar. FOTO AFP
NEYMAR, gambar kanan akaun Instagram milik Neymar. FOTO AFP
AFP

Paris: Tindakan Neymar mengepos gambar dirinya mencetuskan spekulasi dia kini berada di ambang perpindahan rekod dunia 222 juta euro (RM1.1 bilion) dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG).

Gambar di Instagram miliknya turut mempunyai emoji yang menunjukkan pemain bintang Brazil berusia 25 tahun itu menyiarap di padang dengan tangan kirinya di dagu.

Foto berkenaan meraih lebih daripada 1.5 juta ‘likes’ dalam tempoh 12 jam sejak diposkan dari Amerika Syarikat (AS) - tempat Barcelona mengadakan aksi pramusim.

Tiga daripada ‘likes’ itu membabitkan pemain PSG - sayap Angel Di Maria, penjaga gol Kevin Trapp dan pemain tengah Marco Verratti.

Selasa lalu, ketua pasukan PSG - dan rakan senegaranya dari Brazil - Thiago Silva memberikan tanda ibu jari digital terhadap montaj foto disiarkan syarikat media Esporte Interativo yang menunjukkan gambar Neymar dengan jersi PSG bersama bakal rakan sepasukan di Perancis.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2017 @ 4:37 AM