PUSHPANJALI bersama anak kembarnya yang bercantum di kepala. FOTO Agensi
PUSHPANJALI bersama anak kembarnya yang bercantum di kepala. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Sepasang suami isteri merayu bantuan untuk pasangan kembar siam mereka yang bercantum pada bahagian atas kepala.

Ibu mereka, Pushpanjali Kanhar, 25, dari Kandhamal, Orissa, timur India, tidak tahu langsung kandungannya pasangan kembar siam sehingga dia melahirkan pasangan itu pada 9 Mac 2015.

Sejak itu, dia dan suami Bhuan Kanhar berusaha mencari doktor yang mampu melakukan pembedahan untuk membolehkan anak mereka hidup normal serta berdikari, tetapi gagal.

Bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan negeri Orissa menjanjikan bantuan untuk keluarga itu. Susulan itu, mereka akan menemui doktor di Hospital Institut Sains Perubatan All India di New Delhi untuk rundingan lanjut.

Ketua Pegawai Perubatan Tempatan Kandhamal, Dr Swapneshwar Gadnayak berkata: “Dalam keadaan kanak-kanak itu bercantum seperti ini, kembar berkenaan mempunyai dua otak berasingan tetapi bersambung pada tengkorak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 4:41 AM