Muhammad Jabrullah dan Nur E'Ezati meninggal dunia selepas  motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin. FOTO ihsan pembaca
Muhammad Jabrullah dan Nur E'Ezati meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hasbi Sidek

MUHAMMAD Jabrullah Yahya, 27, dan Nur E'Ezati Md Sofri, 27 berkahwin September tahun lalu, namun semalam mereka temui ajal bersama selepas motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin.

Lebih memilukan, Nur E'Ezati dikatakan mengandung anak sulung. Suami isteri itu adalah kakitangan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata motosikal mangsa dirempuh di lorong kecemasan itu menyebabkan mereka tercampak ke penghadang besi di sebelah kiri lebuh raya.

"Manakala motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 200 meter.

"Kejadian menyebabkan Jabrullah cedera parah di dada sementara E'Ezati cedera di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, seorang saksi mendakwa kenderaan pacuan empat roda itu menggunakan lorong kecemasan lalu melanggar motosikal mangsa.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 12:20 AM