PENAGIH dadah yang ditahan dalam operasi AADK Daerah Petaling. Gambar kecil, bekas ubat titis mata yang dimasukkan ke dalam dubur seorang suspek.
PENAGIH dadah yang ditahan dalam operasi AADK Daerah Petaling. Gambar kecil, bekas ubat titis mata yang dimasukkan ke dalam dubur seorang suspek.
Fardy Bungga


Petaling Jaya: Sumbat botol kecil berisi air kencing milik rakannya di dalam lubang lubur sendiri sebagai persediaan sekiranya diberkas anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Taktik itu dipercayai digunakan suspek berusia 48 tahun yang bimbang diarah pihak AADK menjalani ujian air kencing bagi mengesahkan dia mengambil dadah.

Bagaimanapun cubaan memperdaya pihak AADK itu tidak menjadi apabila botol itu terjatuh dari dubur ketika lelaki terbabit diarah membuat 'senaman' ketuk ketampi.

Lelaki terbabit adalah antara tujuh penagih dadah yang ditahan dalam operasi AADK Daerah Petaling di Kampung Lindungan dan Petaling Perdana di sini, jam 11 malam kelmarin.

Ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki terbabit dikesan memasukkan air kencing rakannya ke dalam bekas ujian AADK.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 5:52 AM