BANGUNAN Pfizer di Pleasant Prairie, Wisconsin, AS. FOTO AFP
BANGUNAN Pfizer di Pleasant Prairie, Wisconsin, AS. FOTO AFP
AFP

Ottawa: Kanada pada Rabu menjadi negara terbaharu yang meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer-BioNTech.

Ia selepas United Kingdom meluluskan penggunaan kecemasan vaksin itu dan melaksanakan proses vaksinasi kepada rakyatnya.

Perdana Menteri Justin Trudeau menerusi Twitter, menyambut baik khabar gembira itu tetapi mengingatkan semua pihak supaya tidak alpa akan langkah pencegahan Covid-19.

Dalam pada itu, ketua penasihat perubatan kepada Kerajaan Kanada, Supriya Sharma berkata, pengumuman itu adalah detik bersejarah dalam usaha untuk mengekang penularan virus itu.

Beliau berkata, vaksin tambahan akan tersedia untuk kegunaan sepanjang tahun depan, dengan tiga calon vaksin.

Satu daripadanya adalah vaksin yang dibangunkan syarikat Amerika Syarikat (AS), Moderna, yang kini dalam proses penilaian pihak berkuasa.

Sebelum ini, Bahrain menjadi negara kedua yang meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer-BioNTech.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 2:29 PM