Manny Pacquiao. FOTO Agensi
Manny Pacquiao. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Manny Pacquiao mengakui dia sedang belajar untuk berdepan Mikey Garcia tetapi mengesahkan perbincangan dengan Terence Crawford masih diteruskan.

Ikon Filipina itu belum berpeluang kembali beraksi selepas dilucutkan takhta WBA welterweight kepada Keith Thurman pada Julai 2019.

Pacquiao meletakkan sasaran untuk menewaskan juara WBO yang tidak pernah tewas, Terence Crawford, 33, susulan pendedahan mengenai pertarungan antara mereka pada tahun lalu.

PacMan, 42, berkata Garcia, 33, antara petinju di hadapan yang akan bertarung dengannya dan memastikan kepada peminat dia berada pada tahap terbaik sejak pertarungan kali terakhirnya dengan bermain bola keranjang.

Pacquiao memberitahu ABS-CBN: "Kami sedang mengikuti latihan dan mengenal pasti peluang untuk berdepan Mikey Garcia, tapi kami juga berbincang dengan Crawford.

"Ia bergantung kepada siapa yang saya dapat bertarung dulu, apa yang penting saya sudah bersedia."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 3:26 PM