Connexion Conference & Event Centre

SEMPENA Ramadan kali ini, Connexion Conference & Event Centre (CCEC) menawarkan dua promosi eksklusif iaitu bufet Ramadan di The Oak Room dan pakej popular, Buka Puasa Banquet yang diadakan saban tahun.

Bagi tempahan korporat untuk kumpulan lebih daripada 50 orang, bolehlah buat tempahan pakej Buka Puasa Banquet yang bermula pada 6 Mei hingga 5 Jun 2019.

Dengan pakej ini, pengunjung boleh berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai dalam suasana selesa serta lebih erat di dalam bilik privasi disediakan.


Sama ada majlis berbuka puasa itu diadakan dalam kumpulan yang besar atau ramai jemputan, CCEC menyediakan pilihan luas untuk anda berkumpul termasuk, menyediakan dewan besar, dewan kecil; 15 bilik jamuan dan paling unik ruang bumbung terbuka gazebo yang menjadikan ia lokasi sempurna untuk menjadikan majlis anda lebih bermakna.

Menu istimewa Buka Puasa Banquet menampilkan aneka hidangan tradisional dari seluruh negeri di Malaysia, sesuai dengan temanya, Rasa-Rasa Ramadan.


Antara sajian menambat selera, daging bakar bersos percik, paru goreng sambal hijau, gulai kurma kambing dan aym betutu.

Pemanis mulut pula tapai pulut dan ubi, bubur nangka, pistachio baklava dan banyak lagi.


Terdapat juga pilihan makanan fusion dan antarabangsa untuk memenuhi citarasa pelbagai. Ada 60 sajian hidangan dan enam gerai makanan disajikan secara langsung.

Tahun ini, CCEC melancarkan bufet Ramdan baharu di The Oak Room yang bermula pada 9 Mei hingg 31 Mei 2019.


Ini kali pertama, The Oak Room dibuka kepada orang ramai. Dengan sentuhan rekaan yang elegan dan cantik serta suasana tenang yang tercetus di sini, pengunjung pasti teruja berbuka di sini.

Sepanjang Mei ini, The Oak Room akan diberikan transformasi kepada rumah kampung tradisional. Hidangan menarik boleh dicuba termasuk, sup asam laksa Utara, bubur lambutk, roti Arah dan aneka ikan bakar.


Bufet Rasa-rasa Ramadan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ia berharga RM98++ untuk dewasa dan RM40++ (kanak-kanak).

Untuk tempahan hubungi [email protected] atau telefon 03 23869188.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 1:43 AM