Musim bunga 'Sakura Malaysia’ yang kini hangat di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah turut dapat dirasai di sekitar Putrajaya. FOTO Bernama

Musim bunga “Sakura Malaysia”  kini kembali lagi di sekitar Kuala Lumpur. FOTO Bernama

Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang menanam lebih banyak pokok berbunga seperti tekoma untuk mengindahkan kawasan ibu kota, sekali gus mempromosikannya bagi tujuan pelancongan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah bagaimanapun berkata, sebelum merealisasikan hasrat itu pihaknya akan memberi tumpuan menambah baik aspek penanaman dan penyelenggaraan bagi memastikan kitaran pendebungaannya teratur.

"Sekarang, kita sudah tanam pelbagai pokok teduhan di ibu kota, bukan saja tekoma, tetapi pokok berbunga lain seperti mempat, bungor, cassia fistula, jacaranda dan lain-lain.

"Semua pokok berbunga ini mampu mengindahkan kawasan di tepian jalan, taman awam dan kawasan lapang," katanya.

Pada masa ini di ibu negara, masyarakat bagaikan menikmati musim bunga apabila pokok tekoma mula mekar mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih sejak minggu lepas.

Suasana itu disamakan seperti musim bunga sakura di Jepun dan Korea Selatan, sekali gus menjadi daya tarikan serta mendapat liputan media.

Mahadi berkata sehingga kini ada 10,030 pokok tekoma ditanam di seluruh Kuala Lumpur dengan 1,173 daripadanya berada di kawasan pinggir jalan.

"Kebanyakan pokok tekoma ditanam di kawasan jalan seperti Jalan Klang Lama, Jalan Kuching, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Metroprima Kepong dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

"Ia ditanam di kawasan berkenaan kerana ia merupakan jalan utama dan mempunyai ruang mencukupi untuk pertumbuhan pokok yang sihat," katanya.

Mahadi berkata DBKL akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (Frim) atau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk mencadangkan kajian berkaitan memanjangkan tempoh pendebungaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 12:48 PM