Pencari kepah mencari hasil laut di kawasan pasir dan bakau ketika air laut surut besar di sekitar pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA
Pencari kepah mencari hasil laut di kawasan pasir dan bakau ketika air laut surut besar di sekitar pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Labuan: Pencari kepah mencari hasil laut di kawasan pasir dan bakau ketika air laut surut besar di sekitar pesisir pantai Kiamsam ketika tinjauan baru-baru ini.

Mencari kepah atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan Kedayan-Brunei sebagai 'Kerakas' ini adalah amalan biasa dan menjadi sebahagian aktiviti menyeronokkan bagi masyarakat setempat dan pengunjung pantai pulau ini. Mencari kepah biasanya dilakukan dengan mengais dan mengorek pasir ketika musim air laut surut besar di sekitar kawasan hutan bakau dan pantai.

Orang ramai mencari kepah di kawasan pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA
Orang ramai mencari kepah di kawasan pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA

Hasil kepah yang diperolehi biasanya untuk dijadikan makanan dan sebahagiannya dijual kepada peraih di kedai serta gerai makanan laut disekitar pulau bebas cukai ini.

Sebahagian hasil kepah yang diperolehi di kawasan pasir dan bakau ketika air laut surut besar di sekitar pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA
Sebahagian hasil kepah yang diperolehi di kawasan pasir dan bakau ketika air laut surut besar di sekitar pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA

Di samping menjadi aktiviti tradisi dalam masyarakat tempatan amnya di Malaysia, di Labuan aktiviti mencari kepah ini juga menjadi salah satu produk pelancongan homestay yang ditawarkan kepada pelancong luar negara yang melancong di pulau ini, sambil menikmati pemandangan indah hutan bakau, pantai dan laut.

Sekumpulan pencari kepah mencari hasil laut di kawasan pasir dan bakau ketika air laut surut besar di sekitar pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA
Sekumpulan pencari kepah mencari hasil laut di kawasan pasir dan bakau ketika air laut surut besar di sekitar pesisir pantai Kiamsam. FOTO BERNAMA

  • Lagi siri foto Spektrum
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 3:23 PM