SETIAP rumah perlu ada oksimeter nadi bagi memudahkan memantau oksigen dalam darah.
SETIAP rumah perlu ada oksimeter nadi bagi memudahkan memantau oksigen dalam darah.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


PEMANTAUAN kesihatan di rumah perlu dilakukan dalam usaha pencegahan penyakit.

Malah, jika pengesanan penyakit dapat dilakukan lebih awal, ia boleh mengurangkan bebanan kewangan dalam merawat penyakit berkenaan.

Selain itu, diagnosis dan rawatan segera pelbagai penyakit secara menyeluruh dapat meningkatkan alternatif rawatan perubatan pesakit.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan iHeal, Dr Wong Teck Wee berkata, keperluan pemantauan kesihatan di rumah menjadi lebih penting sepanjang penularan pandemik Covid-19 bagi mengelakkan berlaku sebarang kecemasan perubatan.

Menurutnya, langkah itu boleh dilakukan menggunakan peranti kesihatan seperti oksimeter nadi (Pulse Oximeter), mesin pemantau tekanan darah dan termometer keluaran Medisana iaitu sebuah syarikat kepakaran terkemuka mengenai penjagaan kesihatan di rumah.

"Peranti kesihatan adalah alat yang luar biasa kerana membantu individu memantau keadaan dan peningkatan kesihatan.

"Pemantauan kesihatan berterusan membantu pesakit dan doktor mengambil tindakan yang betul daripada segi rawatan berpandukan rekod tekanan darah, glukosa dalam darah, suhu badan, nadi, degupan jantung dan pernafasan.

"Lebih-lebih lagi pada masa ini (penularan pandemik), pemeriks

aan parameter kesihatan seperti suhu, paras oksigen dan keadaan jantung boleh membantu mengesan jangkitan virus Covid-19 lebih awal," katanya.

Dr Wong berkata, pemantauan kesihatan dari rumah adalah sebahagian daripada pemantauan pesakit kawalan jauh (RPM) yang ia adalah pilihan terkini untuk mendapatkan perundingan kesihatan cara norma baharu.

"RPM menggunakan teknologi maklumat untuk mendapatkan data pesakit. Mereka (pesakit) berkongsi keadaan kesihatan dan rekod pemantauan di rumah kepada pakar penjagaan kesihatan menerusi platform digital.

DR Wong
DR Wong

"Ini dapat memastikan maklumat yang terkandung dalam rekod kesihatan pesakit adalah tepat, dikemas kini dan inklusif bagi membolehkan pakar penjagaan kesihatan membuat penilaian rawatan dengan betul," katanya.

Dalam pada itu, Dr Wong berkata, terdapat lima punca kematian rakyat Malaysia iaitu penyakit jantung, radang paru-paru, serebrovaskular yang boleh menyebabkan serangan angin ahmar, kemalangan jalan raya dan barah.

Menurutnya, radang paru-paru yang terjadi disebabkan jangkitan Covid-19 boleh menyebabkan 'Happy Hypoxia' iaitu komplikasi kandungan oksigen rendah.

"Oksigen dalam darah rendah, tetapi pesakit tidak mempunyai gejala dan ia selalunya terjadi kepada golongan muda.

"Cara terbaik untuk memantau oksigen dalam darah ialah menggunakan oksimeter nadi selain mengesan gejala awal 'Happy Hypoxia'," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perlu dipastikan oksimeter nadi yang dibeli ini berdaftar dan penjualannya mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 6:14 AM